fbpx

Didakwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Selebriti Terkenal

Majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal di Genting Highlands menjadi bualan ramai apabila tular video majlis berkenaan didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian mengenai majlis berkenaan dan sudah pun membuka kertas siasatan berhubung video tular itu.

Menurut siasatan polis, majlis itu berlangsung kira-kira jam 8.30 malam pada 15 Disember lalu dan ada tetamu yang tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Katanya lagi, pihak polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis tersebut.

“Keadaan tersebut dilihat telah melanggar SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Kes disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.