fbpx

Didakwa Cara Berdoa Macam Orang Kristian, Liyana Jasmay Dikecam

Baru-baru ini, pelakon dan pengarah Liyana Jasmay menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun pada 28 Mac lalu.

Bagaimanapun, tular video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok memaparkan pelakon itu sedang menggenggam tangannya sambil menutup mata, lalu meniup lilin.

BACA: Liyana Jasmay Kongsi Tips Turun 4 Kg Dalam Tempoh 23 Hari

https://www.tiktok.com/@tuan.asri.tuan.aliwi/video/7080675574154300699?_t=8R5UrKWTFGD&_r=1

Seperti sudah dijangka, tindakan pelakon itu mengundang kecaman netizen yang mendakwa perbuatan itu seakan sama seperti agama lain berdoa sebelum meniup lilin.

Malah, diruangan komen ada segelintir netizen kecewa serta mengatakan perbuatan tersebut tidak melambangkan sebagai umat Islam dan mengikut budaya barat.

Dalam pada itu, ada beberapa netizen mengatakan masih ramai tidak tahu bahawa orang Islam tidak boleh meniup lilin di atas kek. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan adakah itu pelakon tersebut kerana setahu mereka Liyana  sudah berhijab.