Susulan pelbagai fitnah tentang dirinya di media sosial, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada membuat laporan polis.
Memetik mStar Online, Shuhada berkata dia membuat laporan selepas mendapat nasihat daripada peguam kerana fitnah tersebut boleh menjatuhkan maruahnya.
BACA: Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Masih Culas Bayar Nafkah Anak
Menurut Shuhada banyak akaun palsu memburukkan dirinya dan ada yang menuduhnya pernah mengajak suami orang untuk keluar minum kopi bersama.
“Tiba-tiba sahaja banyak akaun palsu di media sosial datang menyerang Instagram saya. Mereka hina dan maki selain ada mempersendakan agama. Paling teruk ada cakap saya pernah ajak suami orang minum kopi bersama,” katanya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuhada telah pun membuat laporan polis pada 29 April lalu serta yakin bahawa individu disebalik penyebaran itu adalah orang yang mengenalinya secara rapat.
“Rasanya dalang di sebalik penyebaran ini adalah orang yang kenal saya sebab dia tahun semua tentang saya. Kalau tiada kaitan, tidak mungkin dia boleh tahu maklumat terperinci. Seolah-olah dia tahu pergerakan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Shuhada turut meluahkan rasa syukur pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah hubunginya dan akan membuka kertas siasatan.
SUMBER: mStar Online