Pasti ramai tahu anak-anak kepada cef selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob memanggil bapanya ‘Dida’ sebagai pengganti ayah atau bapa.
Menerusi satu perkongsian di Threads, ada yang kurang senang dengan nama panggilan berkenaan serta mendakwa pempengaruh media sosial, Cik B turut geli dengan panggilan itu.
BACA: PU Syed Saran DSV, Fazley Yaakob Segera Nikah
“Seriously geli aku Dida Dida… I bet Cik B pun geli juga,” tulis individu itu.
Hantaran individu itu mendapat perhatian Fazley yang terhibur dengan hantaran berkenaans serta menjelaskan panggilan itu tercipta kerana anak sulungnya pelat ketika kecil.

“Hahaha lawak la korang. Dida tu panggilan my four kids to me sebab yang sulung dulu pelat. Tak boleh sebut Daddy atau Papa. Yang keluar ‘Dida’ jadi melekatlah panggilan itu kat anak-anak yang lain,” katanya.
Tambah Fazley lagi, panggilan tersebut turut digunakan oleh semua bekas peserta Talk To My Manager 2.
Sumber: Astro Gempak