fbpx

Diana Danielle Pernah Naik Hantu Kawan India Diejek Keling

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai kes menimpa Allahyarham Zulfarhan apabila akhirnya tertuduh sudah pun dijatuhi hukuman oleh mahkamah selepas didapati bersalah.

Terkesan dengan kes tersebut, baru-baru ini pelakon Diana Danielle berkongsikan kisah peminatnya yang pernah dibuli di Insta Story. Apa yang menjadi perhatian, seorang peminat berkongsikan pengalaman dirinya pernah diejek ‘keling’ dan busuk ketika zaman sekolah.

BACA: Diana Danielle Bengang Wanita Twitter Tuduh Allahyarham Zulfarhan Punca Kejadian Buli

Terkejut dengan pendedahan berkenaan, Diana turut berkongsi pengalaman rakan Indianya juga turut berdepan perkara sama satu ketika dahulu. Katanya, dia tidak hanya berdiam diri dan naik hantu ketika itu kerana dia merasakan terhina bagi pihak rakannya itu.

“Astaga. Ini membuatkan saya sangat marah. Saya ada ahli keluarga sendiri yang memanggil kawan India saya dengan perkataan ini dan saya naik hantu kat situ juga sebab saya berasa terhina bagi pihak dia,” katanya.

Dalam perkongsian lain, Diana turut menitipkan pesanan jika dibuli sehingga melibatkan fizikal dan diugut, mangsa perlu segera membuat laporan polis.

“Kalau guru tak bertindak, cari ibu bapa. Kalau ia makin teruk dan dah jatuh jenayah (keganasan fizikal, diugut dan sebagainya) buat laporan polis. Jangan biarkan mereka teruskan, mereka tak ada hak ke atas kita,” katanya.