fbpx

Selepas empat tahun berlalu, akhirnya pembuli Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain sudah pun dijatuhi hukuman oleh mahkamah pada Isnin lalu selepas didapati bersalah.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular status seorang netizen di Twitter menuduh Allahyarham menjadi punca kejadian buli itu berlaku sekaligus mengundang kemarahan pelakon Diana Danielle yang tampil bersuara mengenai perkara itu.

BACA: Baru Usia 8 Tahun, Anak Sulung Diana Danielle Pandai Masak Nasi

Bengang dengan kenyataan wanita itu, Diana berkata wanita berkenaan tidak seharusnya berpihak kepada pembuli apabila mahkamah sudah pun menjatuhkan hukuman.

“Pandainya bercakap. Perangai awak tu elok sangat ka sampai layak untuk hidup? Akaun Twitter dia sudah tiada tapi kenyataannya buat saya menggigil. Ia sangat membimbangkan apabila ada orang seperti dia boleh berpihak kepada pembuli dan penindas!

‘Undang-undang sudah dilaksanakan dan semua mereka akan menjalani hukuman. Kami tidak perlukan pendapat anda,” tulisnya.

Dalam pada itu, Diana berkata dia tidak hanya akan berdiam diri mengenai perkara itu apatah lagi dia mempunyai dua orang anak dan mahu budaya buli dihentikan.

“Keadilan untuk Zulfarhan. Hentikan budaya membuli di institusi! Membina jati diri tak ada kena mengena dengan membuli.

“Sudah banyak kali kes buli sehingga menyebabkan kematian. Jadi, macam mana saya nak terus berdiam diri? Saya juga mempunyai anak-anak,” katanya.