fbpx

Diana Danielle Kini Sah Hamil Anak Kedua

Tahniah kepada Diana Danielle kerana telah disahkan hamil anak kedua dan perkara itu disahkan sendiri oleh Farid Kamil. Menurut Farid lagi, Diana tidak mengalami sebarang alahan dan kini kandungan sudah pun memasuki usia lima bulan.

BACA: Diana Danielle Enggan Komen Isu Seksi, Fokus Keluarga

“Alhamdulillah, saya mendapat rezeki untuk kali kedua. Saya bersyukur kepada Allah kerana bagi saya merasai satu lagi peluang untuk memiliki cahaya mata. Alhamdulillah, kandungan isteri kini hampir memasuki lima bulan. Saya tidak tahu jantina kandungan kedua dan tidak mahu tahu kerana kami berdua sudah bersetuju untuk tidak melihat jantina lebih awal”

“Kami terima apa sahaja jantina dan harap semua berdoa agar ibu dan kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat,” kata Farid kepada Tonton Extra sambil mengakui dia dan isteri belum membuat sebarang persiapan lagi ketika ini.

Sementara itu, putera sulungnya Muhammad yang kini telah berusia 2 tahun begitu teruja apabila diberitahu bakal mendapat bayi tidak lama lagi malah tidak menunjukkan reaksi cemburu malah turut teruja untuk mencium bakal adiknya itu nanti. (rtky/h)