Diana Danielle Buang Cincin, Bunga Pemberian Farid Kamil
Dalam proses pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) hari ini, pelakon Farid Kamil bukan hanya membawa bunga mawar tetapi turut membawa sebentuk cincin untuk diberikan kepada isterinya, Diana Danielle.
Memetik BH Online, Farid yang ditemui di mahkamah berkata cincin tersebut juga adalah sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.
BACA: Farid Kamil Dakwa Orang Ketiga Punca Keretakan Rumah Tangga
“Demi menyelamatkan rumah tangga, saya berusaha mendapatkan semula cincin ini. Bunga pun dibuang, apatah lagi cincin. Saya beli cincin, tahun ini untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-11. Tak adalah mahal sangat, tapi cukuplah,” katanya.
Sementara itu, Diana yang ditanya mengenai cincin itu berkata ia adalah cincin yang pernah dihilangkan Farid sejak lapan tahun lalu.
“Cincin yang nak bagi sudah dihilangkan selama lapan tahun, tetapi baru hari ini nak beri semula cincin perkahwinan ini,” katanya.
Sebelum ini, Farid yang ditemui hari ini mendakwa kehadiran orang ketiga punca keretakan rumah tangga bersama isterinya.
- SUMBER
- BH Online
Haiyooo…drama sgt..
Yang ni lagi satu Farid Kamil nak buat drama apa pulak bawak bunga dan cincin ke mahkamah sedangkan Diana Danielle tegas nak bercerai. Sudah-sudahlah lelaki tak payahlah nak buat sandiwara semasa yg tak mendatangkan faedah malahan jadi tontonan dan cakapan orang sekeliling.
Haha helah lelaki melayu. Masih gred Z.
Hilang ke gadai dek?? Sajer jer tanya..
Farid Kamil ni cuma menunjukkan sifat diri. Apalah punya HAPRAK! Nak berlakon, nunjuk-nunjuk ‘romantik’ lah konon. Sebelum ni ada bagi bunga atau tidak?
Ini bukan ‘hadiah’ tapi cara nak pujuk level pariah.
Diana dah tak hingin dengan kau. Baru PADAN MUKA. Tak bersyukur dia masih bersama sebelum ni walaupun kau buat malu dengan kes tampar polis tu. Serta terlibat dengan dadah.
Baru ni punya kuat nak jatuhkan Syamsul Yusof. Bagi statement macam kau lah lelaki paling gentleman, paling romantic dan bertanggungjawab. Sekarang… AMBIK KO!
Sudah jumpa cincin pun mau marah lg. Sudahla ego kasihan anak2. Kau benci laki kau, jgn heret anak sama. Aku menyampah tengok janda yg control gila anak. Kau berdosa besar pisahkan kasih syg anak dan bapak. Busuk mana bapak jgn dipisahkan. Syamsul ada jumpa anak? Sibuk berkrpit dgn ira zakar
nie bukan kali pertama masalah surahtangga DD & Farid.. agaknya DD dah lama bertahan @ berdiam diri sehingalah kes rumahtangga ex dia Si syamdol & PS baru2 nie… DD berani betindak.. maka tidaklah malu sangat.. agaknya apalah kata si syamdol dgn DD dulu masa mula2 dgn si farid yea..
Apa2p pun doa yg baik2 untuk PS & DD semoga suami anda berubah jauh lebih baih @ bertanggungjawab dari yg sebelum nie utk kebahagiaan & keharmonian rumahtangga kekal ke hujung nyawa.