Pertama sekali, kami tidak approve tajuk filem dengan hanya ‘…’, kalau anu tidak dibenarkan LPF, cari perkataan lain. Itu cerita lain.

Seorang penulis di Murai.com.my hari ini ada menulis yang beliau dengar Diana Danielle bakal membintagi filem kontroversi …Dalam Botol terbitan Raja Azmi Raja Sulaiman.


Baru-baru ini, para pelakon & pengarah filem ini Khir Rahman berkampung di Hotel G, Jalan Gurney, Pulau Pinang selama 10 hari untuk latihan yang di’panggil Dry Run.

Video untuk latihan ini boleh di’tonton di Murai.com.my. Seperti tajuk, masih tiada sebarang pengesahan yang mengatakan Diana Danielle akan memegang watak utama dalam filem ini.

Namun, taktik memancing pelakon wanita muda seperti Diana Danielle untuk filem kontroversi sebegini nampaknya akan menimbulkan isu lain.

Tidak terlalu mudakah Diana Danielle untuk berada dalam filem yang tajuknya pun sudah menimbulkan komplikasi negatif di’kalangan masyarakat?