fbpx

Aksi Babak Peluk Aiman Hakim & Diana Danielle Dikritik Netizen

Pasti ramai tahu drama siri She Was Pretty gandingan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Diana Danielle yang diadaptasikan dari drama popular Korea.

Selepas dua bulan ditayangkan, drama tersebut mendapat kritikan oleh penonton apabila ada yang kurang senang dengan babak yang dijayakan dua pelakon itu.

BACA: Diana Danielle Pernah Naik Hantu Kawan India Diejek Keling

Baru-baru ini tular video babak drama tersebut yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang mempersoalkan aksi romantis oleh dia pelakon tersebut.

https://www.tiktok.com/@bakarburn22/video/7127982078188211458?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Malah, pengguna itu juga turut membandingkan aksi romantis itu dengan babak lakonan aktor Zul Ariffin dalam drama lain.

Pengguna itu mendakwa berdasarkan pemerhatiannya, drama adaptasi dari drama Korea Selatan itu lebih terbuka kerang ditayang secara ‘online’ berbanding di kaca TV, dimana mempunyai garis panduan ditetapkan.

https://www.tiktok.com/@bakarburn22/video/7125186841703140609?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

“Aku dah perhatikan yang share kat sini… Sebab:Viu boleh lepas adegan ini.. Cuma tunggu scene cium dalam drama2 Viu akan datang,” tulisnya.

Pengguna itu turut mempersoalkan mengapa sebelum ini Zul Ariffin dikecam teruk namun lakonan Aiman dan Diana tiada yang bersuara.

Perkongsian pengguna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pandangannya itu.

Rata-rata netizen juga kurang setuju dengan babak mesra dilakonkan oleh Aiman dan Diana apatah lagi masing-masing sudah berkahwin.

Namun, ada juga segelintir netizen beranggapan aksi itu perkasa biasa dilakukan bagi mewujudkan keserasian serta menghidupkan watak.