Pelakon Ramona Zamzam mendedahkan dia tidak pernah kenal dengan bapa kandungnya memandangkan ibu bapanya berpisah ketika dia masih kecil.
Menerusi satu podcast, Ramona turut berkongsi rahsia bahawa bapanya, Zamzam adalah bapa tirinya dan bapa kandungnya tidak pernah berusaha mencarinya.
BACA: Ramona Zamzam Tak Peduli Rakan Artis Terasa Hati Isu Blockout2024
“Ayah saya Zamzam bukan bapa kandung saya, dia ayah tiri saya. Saya dah sampai satu fasa dalam hidup tak kisah kalau orang tahu,” katanya.
Sementara itu, Ramona berkata dia tidak pernah bertemu dengan bapa kandung namun pernah sekali bercakap melalui telefon ketika dia berada di sekolah rendah namun bapanya seolah tidak berminat untuk berjumpa.
“Saya tak kenal bapa kandung saya. Dia tak cari saya, saya pun tak cari dia. Saya cuba cari dia masa kecil pernah bercakap di telefon. Tapi macam saya je yang teruja nak jumpa dia.
“Mak dah kahwin lain masa tu, dengan bapa sekarang. Tapi masa cakap di telefon, saya masih ingat dia cakap ‘Mak awak kerja, jadi biarlah mak jaga awak’.
“Dari situ saya sedar dia memang tak peduli pasal cari, tiada usaha nak cari saya dan itu yang menguatkan semangat saya untuk teruskan kehidupan,” katanya.