fbpx

“Dia Mengandung, Saya Yang Mengidam Lebih”

Siapa tidak teruja menimang anak selepas berkahwin, namun ada kalanya ketika hamil bukan sahaja isteri yang mendapat simptom, suami juga boleh terkena mengidam sekali. Bagi Akim Ahmad, pada usia kandungan isterinya mencecah lima bulan, dirinya yang lebih mengidam untuk makan bermacam jenis makanan, manakala Stacy pula hanya mengikut seleranya.

BACA: Akim Ahmad Sahkan Stacy AF Kini Hamil Anak Pertama

“Sebenarnya yang banyak mengidam itu adalah saya kerana kadang-kadang saya menginginkan pelbagai jenis makanan untuk dimakan berbanding dengan Stacy yang tidak kisah untuk memakan apa sahaja jenis makanan. Stacy pun mengikut sahaja apa yang saya mahu makan sehinggakan dia bertanyakan kepada saya, siapa yang sebenarnya mengandung”

“Sebenarnya ketika usia kandungan Stacy masuk tiga bulan sudah boleh nampak namun bila kami melakukan scan pun tidak nampak juga walaupun kandungannya kini sudah mencecah lima bulan. Mungkin bulan ke tujuh atau lapan baru kami akan melakukan scan kembali dan boleh mengetahui jantina anak itu nanti,” katanya kepada portal Astro Gempak” mengenai perkara itu.

Menyedari emosi wanita mengandung tidak stabil, Akim tidak pernah menghalang Stacy untuk terus bekerja di sepanjang tempoh kehamilan ini kerana tidak mahu beliau berasa tertekan jika dihalang untuk melakukan apa yang disukainya. Bagi Akim proses kehamilan isterinya mengajar beliau menjadi lebih sabar dan tenang berdepan dengan situasi. (rkty/w)