fbpx

Susulan komen sindiran dibuat Atu Zero ketika program The Masked Singer Malaysia, isteri kepada pelawak berkenaan iaitu Shafeeqa Johari turut memohon maaf di atas ketelanjuran suaminya itu kepada Nabila Razali.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shafeeqa berkata suaminya sekadar melawak serta turut menegur sikap suaminya yang suka sangat mmebaca komen netizen.

BACA: “Saya Cakap Benda Betul” – Atu Zero Mohon Maaf Kepada Nabila Razali

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqa_johari)

“Permulaan tahun baru untuk kami. Misi bantuan kami pun tak dapat viral begini. Atu.. Atu.. sebarang saja kau ini. Banyak sangat baca komen netizen dia ini.

“Minta maaf ya Nabila Razali. Dia melawak saja. Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya. Ramai yang memuji lakonannya, saya pun tengok,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shafeeqa turut berharap orang ramai tidak menganggap Atu seorang yang sombong susulan isu tersebut kerana pelawak itu baik hati dan sering turun padang membantu orang susah.

“Kami ini bukan siapa-siapa. Dia hanya seorang penghibur. Biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa, ibarat warna warni kehidupan.

“Demi Allah tidak sombong insan yang bernama Atu ini. Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang-orang susah,” tulisnya.

Sebelum ini, Nabila meluahkan terasa hati dengan komen Atu Zero yang menyindirnya tidak boleh menyanyi secara live. Menurut Nabila, gurauan tersebut mungkin kelakar bagi sesetengah orang namun tidak bagi dirinya yang cuba sedaya upaya untuk menjadi penyanyi yang bagus.

Sementara itu, Atu berkata dia sudah menghantar mesej permohonan maaf kepada penyanyi itu menerusi DM di Instagram namun tidak berbalas.