“Dia Masih Bagi Nafkah, Jumpa & Video Call Anak-Anak” – Puteri Sarah
Meskipun kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof masih lagi menjadi tanda tanya, namun aktres itu dilihat tetap kuat meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Memetik Xtra, Puteri Sarah enggan mengulas mengenai status hubungannya dengan Syamsul namun berkongsikan suaminya itu tetap menjalankan tanggungjawab termasuk memberi nafkah.
BACA:Nak Pertahankan Hak Wanita, Puteri Sarah Mahu Bertanding PRU16
“Dia masih jumpa dan video call anak-anak dan dia masih jalankan tanggungjawabnya bagi nafkah,” katanya.
Kongsi Puteri Sarah lagi, suaminya itu turut meluangkan masa bersama anak-anak lebih-lebih lagi ketika dia sibuk menjalani penggambaran.
Menurut Sarah, setiap hujung minggu dia akan membawa kedua-dua anaknya berjumpa dengan keluarga mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patima dimana suaminya juga berada di sana untuk berjumpa anak-anak.
“Saya gembira bila dia luangkan masa dan berjumpa dengan anak-anak. Kadang-kadang kami bergilir untuk jaga anak. Dan bila saya ke rumah mertua bersama anak-anak, Syamsul juga akan ada disana untuk berjumpa anaknya,” katanya.
- SUMBER
- xtra
Nape la tak tinggal sebumbung dengan isteri je..haish
Jangan cepat mempersoalkan mende yg kita x tahu. Kalau tidak diberitahu… Respect diorang. Jgn rasa seolah kita lebih baik lebih tahu.. Ramai jer yg sibuk bekerja hingga dua tiga hari kat site.. Bukan semua org keje kul 9pagi balik kul 6ptg
Entah lah..malas nk ambik tahu..
..ni semua ira kazar punye pasal
alhamdulillah.. moga mereka kembali bersama amiin
Tunggu lafaz je kot…
Semoga hubungan PS Dan SY berkekalan sehingga ke Hannah.semoga bahagia disa mping anak2 n keluarga…kpd yg cuba merosakkan hrp Allah beri balasan setimpal supaya mereka bertaubat..