fbpx

Dia Kembali! Michael Schumacher Kini Bersama Mercedes GP Petronas

Adakah ini antara sebab utama Petronas menaja pasukan Mercedes tahun ini?

Berita yang telah di’sahkan tengahari ini oleh pelbagai sumber menyatakan yang juara dunia 7 kali, Michael Schumacher akan kembali ke litar Formula 1.

Spekulasi yang menyatakan Michael Schumacher akan menyertai pasukan Mercedes GP Petronas nampaknya benar belaka & bayaran yang di’terima bukan sedikit — RM33.6 juta.

Michael Schumacher juga nampaknya akan kembali bersatu dengan Ross Brawn, orang yang banyak bertanggungjawab semasa zaman kegemilangan beliau bersama Ferrari.

Schumacher yang akan mencecah usia 41 tahun pada 3 Januari depan akan memasuki litar pertama di GP Bahrain pada 14 Mac depan.

Walaupun ramai orang menganggap pelaburan Petronas dalam pasukan Mercedes sebagai tidak berbaloi, namun kini ia menjadi tugas Michael Schumacher untuk membuktikan sebaliknya.