Pelakon Bella Dowanna tampil membela rakannya, Muntazar Ghufran selepas bekas tunangnya mendakwa aktor berkenaan hanya mempunyai RM500 dalam akaun simpanannya.

Menerusi hantaran di Insta Story, Bella mendakwa Muntazar banyak berkorban dengan menjadi ‘balaci’ dan pemandu setiap hari.

BACA: “Dia Cuma Ada RM500” – Saidah Dedah Muntazar Tak Ada Duit Belum Layak Kahwin

Sementara itu, Bella seolah meminta pihak di sebelah sana agar berdiam diri serta mempersoalkan adakah Saidah mempunyai RM50,000 dalam akaun bank.

“Dah putus amboi bukan main, dah tahu dia macam tu nak tunang juga kenapa sis? Dia jadi PA awak, balaci awak, kuli awak, videographer tak berbayar, konten-konten awak, driver awak hari-hari tau kat set mana tak habis duit dia?

“Dahlah diam saja jangan nak bising sangat. Ingat, mesti ada dua cerita berbeza. Lepas itu dalam akaun kau ada RM50,000 ke? Sama-sama saja sangkak,” katanya.

Terdahulu, pelakon Saidah Kamarudin mendedahkan punca pertunangannya dengan pelakon Muntazar Gufran putus disebabkan masalah kewangan serta memberitahu bekas tunangnya itu hanya mempunyai RM500 dalam akaun.

Saidah berkata dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka disebabkan aktor berkenaan tiada duit dan belum bersedia untuk berkahwin.

×