Pelakon Saidah Kamarudin mendedahkan punca pertunangannya dengan pelakon Muntazar Gufran putus disebabkan masalah kewangan.

Memetik mStar Online, Saidah berkata dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka disebabkan aktor berkenaan tiada duit dan belum bersedia untuk berkahwin.

“Ya betul, kami putus tunang adalah sebab Muntazar tidak ada duit. Saya pernah jumpa dia menangis-nangis sebab tidak mahu teruskan hubungan ini,” katanya.

Sementara itu, Saidah mendedahkan Muntazar hanya mempunyai RM500 sahaja simpanan dan bagaimana mahu merancang untuk berkahwin.

“Dia cuma ada RM500 sahaja dalam akaunnya. Macam mana mahu jaga anak orang kalau ada itu sahaja? Awak (Muntazar) cuma ada duit untuk sara hidup sendiri sahaja. Awak tidak patut kahwin, awak perlu cari kerja ataupun sambung belajar,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×