fbpx

Hari ini kontroversi rumah tangga Zarina Anjoulie dan Eilyas Azhar hangat diperkatakan apabila pelakon itu mendakwa bekas suaminya mengugut untuk menyebarkan gambar aibnya.

Kecoh mengenai pendedahan tersebut, Eilyas pula tampil mempertahankan dirinya. Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas berkata selama mereka bersama dia sedaya upaya cuba menutup maruah bekas isterinya itu.

BACA: Zarina Anjoulie Dakwa Dipukul, Dicekik Bekas Suami

“Saya tak pernah membuat ugutan seperti yang didakwa Zarina. Selepas kami bercerai, memang saya ambil keputusan untuk berdiam diri sebab dah move on…tak pernah terfikir nak post fasal dia lagi.

“Dekat mana saya aib dan burukkan dia? Sedangkan bila dia buat IG live ternampak lutut dan peha sikit pun, saya akan tutupkan aurat dia demi jaga maruah dia sebagai isteri ketika itu.

“Tak ada siapa nak serabut…saya nak hidup dengan tenang. Buat apa saya nak hidup dalam keadaan serabut macam itu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yas berkata dia tidak tahu mengenai laporan polis dibuat oleh Zarina bulan lalu. Bagaimanapun, dia dihubungi oleh pihak polis jam 2 pagi tadi untuk hadir memberi keterangan.

“Ya…lebih kurang pukul 2 pagi tadi saya ada terima panggilan daripada pihak polis yang meminta saya untuk hadir ke IPD Nilai bagi memberi keterangan mengenai laporan polis yang dibuat Zarina.

“Hari ini, pukul 3 saya pergi sana untuk beri keterangan berhubung dakwaan tersebut. Tapi mengenai laporan polis bulan lalu, itu memang saya tak tahu apa-apa.

“Kalau betul ada laporan polis, mesti polis akan hubungi saya bulan lalu memang tak ada apa-apa panggilan daripada pihak polis pun,” katanya.

Eilyas juga mengakui melafazkan cerai menerusi Instagram seperti yang didakwa Zarina namun ia berikutan setelah diprovok oleh bekas isterinya itu.  Eilyas turut mempersoalkan mengapa bekas isterinya tidak memuat naik paparan skrin mesej dari awal dimana dia diprovok untuk melafazkan cerai.

“Memang benar saya ceraikan dia menerusi Instagram tapi itu pun selepas dia provok saya. Sebenarnya saya belum lafaz cerai masa dia post dekat IG umum sudah bercerai kali kedua.

“Kenapa muat naik hanya paparan skrin mesej pendek saya minta transfer duit untuk lafaz cerai? Kenapa tak buat screen record dari awal perbualan kami di mana dia provok saya untuk lafaz cerai?

“Saya ada bukti tapi memikirkan keluarga saya, saya pilih untuk berdiam diri. Tapi sekarang kalau kes ini masuk mahkamah, kebenaran akan terbongkar,” katanya.