Berlangsung dalam suasana yang cukup meriah, semalam telah berlangsung rumah terbuka yang diadakan oleh Rozita Che Wan dan juga suaminya, Zain Saidin. Majlis itu turut dihadiri kelaurga, teman rapat dan juga rakan selebriti yang lain.

BACA: Zain Saidin Cuba Pujuk Che Ta Untuk Hamil Lagi


Kelihatan cukup ceria dalam busana merah, pasangan itu dilihat sangat gembira melayan tetamu lain yang hadir dan yang paling mendapat perhatian pastinya si comel Aaisyah. Malah melalui gambar yang dikongsikan di Instagram, majlis yang diacarakan oleh Didie Alias itu ternyata membuatkan ramai yang terhibur.

Sudah pastinya majlis sebegini bukan sahaja dapat berjumpa dengan kenalan lama malah dalam masa yang sama turut mengeratkan hubungan sesama saudara dan juga rakan yang mungkin sudah lama renggang atau terputus. Kami kongsikan beberapa keping gambar di sekitar majlis rumah terbuka tersebut. Enjoice!