Semalam telah berlangsung majlis aqiqah dan kesyukuran anak kedua pasangan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer, Irma Nur Naylie. Majlis tersebut berlangsung di kediaman ibu bapa Redza di Bandar Baru Ampang dan dihadiri oleh keluarga terdekat dan beberapa media.

Tidak banyak yang boleh kami katakan tentang majlis aqiqah anak kedua Irma Hasmie ini namun terima kasih buat Camora Arts yang berbesar hati untuk berkongsikan beberapa keping gambar sekitar majlis untuk tatapan anda semua. Suka kami tengok keluarga kecil ini. (rtky/m)