Pelakon veteran, Dharma Harun berkata dia berharap diberikan tawaran bekerja dan tidak mahu bergantung kepada sumbangan orang ramai semata-mata.
Memetik mStar Online, Dharma berkata sebelum dia berdepan masalah kesihatan dia mempunyai pengalaman mengendalikan beberapa rancangan dan baginya mempunyai pekerjaan adalah paling utama.
BACA: Anak Dharma Harun Terkejut Disuruh Berhenti Belajar
“Sumbangan memang penting tapi bukan ini yang saya perlukan sebaliknya tawaran kerja. Tapi terus terang, duit nombor dua paling utama adalah kerja. Bagilah saya kerja.
“Bila ada kerja automatik duit boleh datang. Saya berpengalaman menerbitkan program Deko Ibadah sekitar tahun 2020,” katanya.
Sementara itu, filem lakonan Dharma, Felai FX akan menemui penonton tidak lama lagi. Menurut penerbitnya, Richard Ung berkata pihaknya mengambil inisiatif membantu Dharma dengan memberikan peluang berlakon.
Menurutnya lagi, tayangan khas filem tersebut dibuat terlebih dahulu khusus untuk membantu Dharma dan anak-anaknya.
“Sumbangan itu cukup untuk bawa Dharma keluar dari kemelut yang dihadapi sekarang iaitu untuk bayar tunggakan sewa rumah dan kos sara hidup dalam tempoh tiga bulan sehingga anaknya menamatkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),” katanya.
Sumber: mStar online