fbpx

DFP Bakal Buka Slot Tambahan Untuk Konsert Yuna, Tiket Habis Terjual

Kelas kau minah MySpace, dulu main lagu malu malu atas katil, sekarang peminat tidak cukup seat di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Persembahan Yuna di DFP 12 September ini sudah habis terjual semua tiket’nya dan kerana itu DFP membuka slot baru untuk Yuna.

Konsert kedua Yuna bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) ini akan berlangsung pada keesokan harinya, 13 September 2011 jam 8.30 malam.

Jika anda terlepas untuk membeli tiket konsert pertama, ini peluang anda untuk turut serta dalam konsert bersejarah buat Yuna & peminatnya.

Tiket berharga RM80 untuk semua tempat duduk dan anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi Dewan Filharmonik Petronas.

Khabarnya, lagu popular Nirvana versi Yuna, Come As You Are bakal berkemundang di DFP. Jangan lepaskan peluang mendengar lantunan suara Yuna dengan lagu yang berjaya mendapat perhatian Hollywood ini.