Dewasa Atau Kanak Kanak, Filem Minions Wajib Ditonton Semua
Mereka comel, bertenaga dan tidak pernah habis dengan keletah kelakar yang setiap langkah mereka pasti membuatkan kita semua ketawa. Walaupun sudah tua kami di sini masih teruja setiap kali melihat kelibat Minions di mana mana sahaja — kali ini mereka sudah punyai filem sendiri.
Filem yang bakal menjenga pawagam pada 18 Jun 2015 ini bakal menceritakan perjalanan Minions mencari tuan besar (master) dari zaman pra sejarah bertuankan dinosaur T-rex sehinggalah kepada watak penting perang dunia pertama, Napoleon Bonaparte.
Diketuai oleh sekumpulan kecil Minions bernama Kevin, si lincah bertenaga Stuart dan si dia yang mudah disayangi Bob keluar untuk mencari tuan besar baru dalam usaha memastikan kelangsungan hidup Minions yang lain untuk terus relevan di atas muka bumi ini.
Ketiga-tiga mereka memulakan perjalanan penuh cabaran dari Antartika ke bandar New York era 60’an dan berakhir di kota London yang membawa mereka kepada tuan besar seterusnya iaitu Scarlet Overkill (suara oleh Sandra Bullock), watak super-penjahat pertama di dunia.

Mampukah mereka menjalankan tugas dengan baik sekaligus menyelamatkan umat Minions yang lain? Mestilah kami sendiri dan anda semua wajib ke pawagam berhampiran pada 18 Jun ini. Telatah mereka sahaja sudah cukup untuk kita terhibur sepanjang filem, kami pasti!
Dan yang lebih penting, tahukah anda yang filem Minions ditayangkan hampir sebulan lebih awal di Malaysia berbanding di Amerika Syarikat? Ini sesuatu yang istimewa untuk kita dan jadi sebab tambahan kita semua tidak lepaskan filem hebat ini. Maklumat lanjut di uip.com.my/minions!
Sebelum kami terlupa, United International Pictures (UIP) ada buat satu galeri khas untuk anda peminat Minions memuat naik gambar sendiri berserta sticker khas comel dengan watak Minions untuk anda kongsikan bersama rakan rakan.
Tengok ramai sudah sertai, jom kita ke uipminion.com apa tunggu lagi? BANANA!
BOSANNYA ASYIK2 CERITA KARTON JE……………..TENSION TGK TV………..ANAK2 DOK KONGKER TV KARTON ASTRO 616
MINIONS BEST GILA!!!!! 5 BIJI ROTIKAYA AKU BAGI HAHAHA!! review http://goo.gl/8znpVO
rumah aku channel2 kartun mmg xde chan la budak2 nk tgok.. sbb channel2 kartun2 aku dh block & letak password!! so aman2 saje!
Anime Jepun lagi best
kipidap. Nanti mak non nak bawak anak2 tengok la!
wajib tonton…baca betul2 ..WAJIB TONTON..kalau tak tonton kita akan dapat dosa…
eh boleh bla larr dengan ayat ko..admin
tak payah la nak serious sangat -.-“
wajib ditonton?? sedar tak ini sebenarnya iluminati??? nama pun illumination entertaiment. lol. sah sah ada minion mata satu which is dajjal
iluminati Much !
nowadays media support illuminati. say jyeahhh to yahudi dajjal. lol much #Sarcasm
semua benda nak kaitkan dengan illuminati. ko tau beza tak bentuk bulat dengan bentuk segitiga? #sedih #cikgutakajarbentukke #typicalmalay
cakap b o d o h marah plak.
kan. aku pun pelik baca komen kat sini. tebalkan iman didada tu kalau takut sangat dengan agama christian. kelakar kot nak kaitkan minions tu dengan dajjal -.-” apa nak jadi dengan orang melayu ni -.-“
kau lg bodoh agaknya. mata satu tu kan dajjal. kau pegi tgk citer minion, start je citer akan KELUAR “ILLUMINATION ENTERTAINMENT” kau yg bodoh tahap dewa. bangang abadi. cikgu kau ajar ke tak psl dajjal kt sekolah? typical dajjal. lol
betul2.. wajib?? ko tahu x maksud wajib?? nie la org x kuat agama.. wajib solat baru betul.. wajib tgok kartun? mazhab apela yg ko bwak…