fbpx

“Denyut Atau Degup, Rezeki Saya Melimpah-Ruah” – Nuha Bahrin

Baru sebulan sebulan dilancarkan di YouTube, lagu nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin iaitu Casablanca kini menjadi siulan ramai dan lebih mengejutkan sudah mendapat tontonan sebanyak 13 juta.

Malah, baru-baru ini hangat diperkatakan apabila penggunaan lirik dalam lagu tersbeut ditegur oleh seorang guru dikenali sebagai Zack Kirana.

BACA: Degup Bukan Denyut, Cikgu BM Tegur Lirik Lagu Popular Casablanca

Bagaimanapun memetik Kosmo, Nuha berkata dia bersikap terbuka menerima pandangan orang ramai mengenai perkataan ‘denyut’ dalam lagu nyanyiannya itu.

“Saya tak boleh nak beri ulasan yang terlalu terperinci namun bagi saya, masing-masing ada pandangan sendiri. Saya tak kisah sekiranya orang di luar sana berikan pendapat sama ada perkataan ‘denyut’ itu tidak tepat atau pun ada perkataan yang lebih sesuai.

“Pada saya dua-dua pun betul saja. Apa pun, terserahlah kepada pendengar, mana yang lebih sesuai atau sedap didengar bagi mereka. Saya tak boleh nak berikan komen lanjut mengenainya,” katanya.

Dalam pada itu, Nuha meluahkan rasa terharu dengan penerimaan diterima terhadap lagu tersebut serta memberi inspirasi kepadanya untuk melahirkan karya lebih bermutu selepas ini.

“Sambutan lagu Casablanca memang tidak disangka-sangka sebenarnya. Sesuatu yang besar dan saya sendiri tidak menyangka. Pada masa sama, saya bersyukur atas apa yang Allah kurniakan sekarang.

“Sebab rezeki yang saya dan rakan duet, Naufal Azrin terima ini bagi saya sesuatu yang melimpah-ruah. Malah, saya gembira apabila lagu ini turut mendapat sambutan hingga ke Indonesia, alhamdulillah,” katanya.