fbpx

Degup Bukan Denyut, Cikgu BM Tegur Lirik Lagu Popular Casablanca

Hampir sebulan dilancarkan di YouTube, lagu nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin iaitu Casablanca mendapat tontonan sebanyak 8.8 juta.

Jika sebelum ini, nyanyian secara langsung lagu tersebut dikritik ramai, kali ini penggunaan lirik dalam lagu tersbeut ditegur oleh seorang guru dikeali sebagai Zack Kirana.

Menerusi satu video dikongsikan di Instagram cikgu Zack menegur kesalahan perkataan ‘denyut’ yang digunakan oleh penulis lirik dalam lagu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack Kirana Ibrahim ?? (@zackkirana)

Menurutnya, perkataan yang sesuai adalah ‘degup jantung ku berdebar…’. Cikgu Zack turut memberikan contoh penggunaan perkataan denyut yang betul.

“Untuk jantung kita gunakan degup, bukan denyut. Saya fikir mungkin jantung dia, ‘skala richter’ rendah kot. Dia macam nyut-nyut macam tu je.

“Ataupun mungkin kedudukan jantung dia berada dekat bahagian kepala, mungkin bahagian nadi, di pergelangan tangan. Jadi otak saya dia macam melilau,” katanya.

Diakhir video itu, Cikgu Zack turut memberitahu lagu Casablanca itu merupakan lagu kesukaannya namun agak kecewa dengan penggunaan tatabahasa yang kurang tepat.

“Denyut dengan degup, berbeza. Jadi bila saya bayangkan jantung berdenyut tu dia macam, nyut-nyut. Risau saya takut dia ada masalah lemah jantung. Kita kena kejarkan dia ke hospital. Tapi saya suka lagu ni,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan penjelasan cikgu Zack serta berterima kasih dengan ilmu yang diberikan.