fbpx

Dengarkan Suara Neelofa Baca Makna al-Quran Secara Eksklusif

Nama selebriti dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor memang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air.

Bukan sahaja terkenal dalam bidang perniagaan, lakonan mahupun pengacara, Neelofa kini bakal menghasilkan satu projek baru iaitu merakam makna al-quran melalui audio suaranya yang membaca setiap makna bagi ayat al-quran.

Bersempena dengan raya AidilAdha tidak lama lagi, rakaman makna ayat suci al-quran oleh Neelofa ini boleh didengari bermula 9 Ogos ini.

Hasil kerjasama dengan aplikasi Muslim Pro, makna yang akan dibaca oleh Neelofa ini bakal berada di aplikasi kepunyaan 6 juta pengikut sekaligus membolehkan pembaca muat turun aplikasi Muslim Pro.

Tidak hanya semata-mata merakam makna ayat suci al-quran, setiap surah al-quran juga turut dirakam dan dibaca oleh Ustaz Fakrul Razi yang merupakan salah seorang ahli daripada kumpulan nasyid UNIC.

Rakaman ayat suci al-quran serta makna itu akan dirakam bermula daripada surat pendek sehinggalah keseluruhan juzuk al-quran.

Nilai murni yang dipaparkan oleh selebriti pujaan ramai ini sekaligus dapat membantu pembaca lain mengetahui setiap makna ayat suci dan bukanlah semata-mata hanya membaca ayat suci al-quran tanpa mengetahui maknanya.

Nah kami belanja anda sedikit bacaan makna al-quran daripada selebriti pujaan ramai ini. Sedap suara Neelofa alunkan makna bacaan al-Quran.