fbpx

Dengan Sekali Lafaz, Ana Dahlia & Chef Riz Kini Bergelar Suami Isteri

Tepat jam 12.20 tengahari tadi, Ana Dahlia sah menjadi milik Chef Riz dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan pasangan selebriti berlainan dunia ini berlangsung di rumah keluarga Ana Dahlia di Kg.Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.

Ana Dahlia menerima hantaran sebanyak RM20,000 berserta mas kahwin bernilai RM1,001 di majlis pernikahan tersebut.

Chef Riz menerima 15 dulang hantaran dan membalas dengan 13 dulang hantaran daripada pihak Ana Dahlia.

Resepsi pertama perkahwinan Ana Dahlia & Chef Riz akan berlangsung malam ini bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

Tahniah dari kami di Rotikaya HQ buat Chef Riz & Ana Dahlia dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi gambar Ana Dahlia di majlis akad nikah Taiping selepas ini. Ihsan Media Hiburan