fbpx

Dengan MyDIGITAL.KKMM Segalanya Jadi Mudah, Yang Pasti Dapat Info Tepat

Bagi anda yang kurang mengenali dan memahami, ini adalah fungsi sebenar MyDIGITAL.KKMM yang telah pun dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) baru-baru ini.

MyDIGITAL.KKMM adalah sebuah portal daripada KKMM yang tidak seperti portal kementerian lain. Portal ini juga dirangka khusus untuk membolehkan segala maklumat berhubung promosi jalur lebar dapat disatukan bukan hanya di peringkat KKMM, malah semua kementerian lain untuk mempamerkan program pendigitalan.

Dengan adanya jalur lebar seperti ini, anda dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai inisiatif kementerian dengan lebih mudah dan tepat.

Zaman sekarang semuanya di hujung jari, jadi anda jangan tak tahu MyDIGITAL.KKMM ni macam-macam info ada.

Bukan tu sahaja, portal yang akan menjadi sebuah pusat sehenti ini akan membolehkan anda melihat pelbagai program interaktif sepanjang masa dan sekali gus dapat mengoptimumkan penyampai segala maklumat dengan lebih berkesan.

Setiap kementerian dan agensi yang terlibat dalam My.DIGITAL.KKMM akan memberi penerangan tentang program dan inisiatif yang ditawarkan melalui video, poster informasi dan live streaming.

[29/9) Penyelidikan Teknologi & Aplikasi Nuklear Malaysia from MyDIGITAL.KKMM on Vimeo.

Lebih menarik lagi mengenai MyDIGITAL.KKMM ni, setiap kali bual bicara live streaming diadakan sedikit sebanyak ia akan memberi idea bagaimana untuk memanfaatkan inisiatif yang ditawarkan oleh kementerian.

Jangan tak tahu, portal MyDIGITAL.KKMM boleh dimanfaatkan oleh anda yang bergelar usahawan untuk mempromosikan produk keluaran syarikat anda.

Maklumat lanjut mengenai anda boleh layari DI SINI.