Hanya bermodalkan kurang dari RM1,000 anda sudah boleh miliki telefon pintar dengan skrin yang besar dan jangka hayat bateri yang besar? Fuh memang ini yang ramai mencarikan? Tak sia-sia selama ini anda menanti.
Jika sebelum ini, HUAWEI Y Series (HUAWEI Y9s) dengan bateri sebesar 4000mAh mampu menyokong melayari internet sekurang-kurangnya 10 jam, bermain permainan selama kira-kira 9 jam atau bermain muzik selama lebih dari satu hari penuh.
Kali ini giliran HUAWEI mengeluarkan telefon pintar yang harga murah dengan nilai yang lebih besar untuk anda. Boleh lah anda OOTD dengan gadjet yang besar ini! Kini giliran HUAWEI Y6p pula bakal menambat hati anda.
Hadir dengan reka bentuk telefon yang unik di bahagian belakang, HUAWEI Y6p hadir dalam 3 warna berbeza iaitu Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black. Saiz paparan skrinnya pula akan buat anda berpuas hati dengan nisbah skrin-ke-badan 88.4% dan akan memberikan pengalaman visual yang luas dan mendalam.
Nak tahu apa yang lagi hebat dengan HUAWEI Y6p? Jom kita kaji.
1. Kamera Yang Awesome Di Pagi Raya
Raya anda kali ini memang akan lebih berbaloi-baloi dengan telefon pintar keluaran HUAWEI yang terbaru ini. Lagi best, anda boleh jadikan tahun ini sebagai kenangan terindah anda dengan kualiti gambar yang hebat dan tajam.
Ini semua gara-gara HUAWEI Y6p memiliki kamera belakang 13MP, termasuk kamera sudut lebar untuk digunakan semasa sesi bergambar keluarga nanti. Kamera depan dengan kuasa kamera 8MP dapat menjadikan panggilan video yang dibuat dilihat dengan jelas oleh insan tersayang anda. Jangan tak tahu, video TikTok anda juga akan lebih menarik dan lebih senang dibuat apabila setiap pergerakan dan aksi dapat dirakam dengan jelas.
2. Sistem Penyimpanan Yang Lebih Besar
Zaman sekarang ramai yang lebih gemar merakam video dan mengambil gambar menggunakan telefon pintar dan menyimpannya di dalam telefon berbanding dengan mencuci gambar untuk dijadikan album kan?
Jadi, untuk anda yang gemar mengambil gambar dan rakam video sebagai kenangan tu, anda wajib miliki telefon pintar HUAWEI ini sebabnya ruang penyimpanannya sebesar 64GB. Lebih menarik pula, sistem penyimpanan ini digabungkan dengan sistem cloud sebesar 15GB secara percuma selama 12 bulan.
3. Ciri Keselamatan Yang Terjamin Dengan AppGallery
Dengan AppGallery masa lapang anda akan lebih terisi dengan lebih banyak aplikasi seperti Astro Go, Here WeGo, shopee, lazada, Facebook, Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, Touch n go e-wallet, Whatsapp, dan banyak lagi!
Sistem pengesanan empat lapisan HUAWEI Y6p ini dapat memastikan aplikasi diperiksa secara menyeluruh sekaligus anda dapat menggunakannya dengan lebih selamat apabila anda muat turut setiap aplikasi melalui AppGallery.
Dengan AppGallery ini juga anda boleh dapat macam-macam hadiah yang tak diduga tanpa henti. Lebih hebat lagi bila anda dapat pelbagai ganjaran dan faedah yang boleh ditebus dari AppGallery.
Aplikasi yang dibuat dari seluruh dunia dapat diakses berbanding dengan Google di mana aplikasi tertentu dikunci di kawasan. Senang cerita dengan AppGallery ini anda lebih selamat, lebih banyak simpanan, akan dapat lebih banyak ganjaran!
Walaupun HUAWEI ada pelbagai aplikasi di AppGallery yang di update dengan lebih cepat, kadang-kadang anda akan menginginkan aplikasi tertentu yang belum tersedia di platform bukan?
Jangan risau, anda boleh memuat turun aplikasi FindApps di AppGallery. Ia berfungsi untuk membantu anda mencari aplikasi yang anda perlukan dan mengarahkan anda ke sumber yang ada untuk memuat turun aplikasi seperti Grab, Facebook, Telegram, Facebook lite dan lain-lain.
Jadi apa tunggu lagi, tak kan anda nak tengok sahaja member anda ada HUAWEI nilai sebesar ini? Anda pun perlu ada dan grab HUAWEI Y6p ini dengan segera dan dapatkan sekali Huawei Matepad T, Huawei Band 4 Pro dengan harga RM3.69 sehari di sini.
Paling menarik anda boleh nikmati penyimpanan cloud 15 GB percuma selama 12 bulan, dan langganan PERCUMA selama 1 bulan untuk penebusan Video HUAWEI dan VIU (penebusan bermula 25 Mei dan seterusnya).
Sempena bulan Ramadhan ini, HUAWEI akan mendapat tawaran istimewa untuk produk ketibaan baru pada 16 Mei 2020. Semua kedatangan baru HUAWEI akan menjadi sebahagian daripada kempen promosi besar, mulai dari telefon pintar HUAWEI, tablet, hingga komputer riba dan pembesar suara.
Sesiapa yang membeli produk HUAWEI layak mendapat hadiah percuma. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran promosi ini anda boleh klik di sini.
Anda juga boleh dapatkan Huawei y6p anda hari ini dengan harga hanya rm559 di https://bit.ly/HUAWEIY6pMY.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai HUAWEI AppGallery layari laman rasmi ini. Jom cepat-cepat dapatkan HUAWEI Y6p dengan harga paling murah ini.