fbpx

Tak salah ‘habiskan’ duit untuk kesihatan kan? Orang cakap, biar kita berbelanja ‘mahal’ untuk jaga kesihatan daripada nak tanggung kos yang lagi tinggi kalau sakit.

Kos hospital, ubat tu bukannya murah tau. 2 kali ganda! Malah boleh lebih dari ni lagi. Penyakit ni pula datang tanpa mengenal usia, lagilah kan?

Anda yang ada mak ayah, keluarga tu patut fikir-fikirkan okay. Ubah kualiti hidup anda dengan benda yang lebih berfaedah. Lebih baik mencegah dari merawat!

Dalam dok sebut bab jaga kesihatan ni, anda wajib tahu 3 produk awesome dari Coway ni iaitu; penulen air, GLAZE; penulen udara, LOMBOK III dan tilam Super Single PRIME Series.

3 produk ‘Hebat Bersama’ dalam satu bumbung! Wow…

Jadikan Hidup Anda Lebih Baik

Haa..dengan 3 produk ini, kami harapkan anda dapat berhidup dengan lebih baik selepas ini.

3 produk Coway ini disatukan untuk meningkatkan kesihatan keluarga anda. Walaupun masing-masing mempunyai keistimewaaan yang tersendiri, tapi bila mereka ni disatukan, walaweh, memang rumah anda akan jadi lengkap!

Bukan untuk keluarga sahaja, anda yang bujang pun boleh memiliki 3 produk hebat ni yer. Okay meh sini kita go details dengan ketga-tiga produk hebat dari Coway ni.

1. Penulen Air GLAZE

Kadang kita tak perasan di mana punca kuman yang datang. Ramai yang ambil mudah. Kononnya perkara temeh jer, sampaikan tak sedar mungkin akan berlaku malapetaka kepada kita.

Sebab air putih minuman kerap diminum setiap hari, jadi anda perlu guna penulen air. Ni salah satu cara untuk memastikan air minuman anda bersih dan anda dapat cegah dari penyakit.

GLAZE adalah penulen air yang sesuai sangat untuk anda yang ada keluarga mahupun single. Bukan itu jer, GLAZE ni memudahkan anda kerana tak perlu masak air dah. Boleh minum air panas, air sejuk atau air biasa terus. Selain itu, penulen air GLAZE ini mudah diguna, cuma perlu tekan lama butang untuk mengekstrak aliran air berterusan dengan isipadu air pilihan 120ml, 250ml atau 500ml.

Untuk anda yang suka sangat air sejuk, GLAZE adalah pilihan tepat! GLAZE mentakrifkan semula kesejukan, dan dengan fungsi baharu yang sejuk Cold Water+. Dah tak perlu risau kalau rasa panas lagi sebabnya Cold Water+ ia dapat mengekalkan pengekstrakan air sejuk yang konsisten kerana tangki air sejuk dan tangki air biasa diasing kepada dua tangki.

Dan jangan tak tahu, Coway mahukan anda menjalani kehidupan seharian dengan sihat. Jadinya, anda boleh dapatkan GLAZE dengan harga hanya RM3,900 dengan perkhidmatan servis percuma selama setahun! Pergh…best!

“Alaaa…tak mampu ler nak beli terus harga tu.” Don’t worry gais, anda boleh jer buat sewa bulanan dengan harga RM119 sebulan dan siap ada 5 tahun perkhidmatan servis percuma lagi!

2. Penulen Udara LOMBOK III

Bukan joget lambak yer. LOMBOK III adalah penulen udara yang sesuai sangat untuk anda yang ada si bulus kat rumah tu. Yang kulit sensitif dan selalu sangat alergi dan ada resdung tu, hah! Anda dah jumpa ‘jodoh’ anda dah.

Kembali dengan model generasi ke-3, LOMBOK III direka untuk memberikan perlindungan yang lebih kuat dan padu. Dengan penapis RBD Plasma, Ioniser dan Fine Dust Indicator, ia merupakan perisai yang memberikan anda pengalaman indoor yang segar dan nyaman.

LOMBOK III direka dengan reka bentuk dan teknologi yang terbaru. Korang boleh memilih tetapan pilihan dengan sentuhan lembut dan dilengkapi dengan pengedalian 3 tahap kelajuan kipas mengikut keperluan anda. Tambahan pula, LOMBOK III paling sesuai untuk keluarga beranak-anak kecil, kerana ia mempunyai sistem Child Lock yang mengelakkan anak-anak kecil tertekan butang tetapan dan keselamatan keluarga anda dijamin.

Anda tahu tak sistem pengudaraan yang bersih dan nyaman adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kesihatan yang terkawal.

Nak pula sekarang ni tengah PKPB, memang banyak masa diluangkan di rumah jer kan? Jadi, pengudaraan yang bersih sememangnya perlu agar kesihatan kita sentiasa dalam keadaan yang baik.

Selain itu, LOMBOK III menggunakan kecekapan tenaga kecil iaitu 0.0816kWh dalam Auto Mode. Anggaran bil elektrik hanya RM0.53 setiap bulan!

Dengan harga RM3,490 dan perkhidmatan servis percuma selama setahun, pastinya berbaloi dengan apa yang dibelanjakan demi kesihatan. Anda juga boleh buat sewa bulanan dengan harga RM109 sebulan termasuk perkhidmatan servis percuma sepanjang 5 tahun. Amacam?

3. Tilam Super Single PRIME Series

Tahukah anda hayat sesuatu tilam antara 8 hingga 10 tahun jer? Bila kali terakhir anda tukar tilam? Anda kena tahu, tilam lama boleh menyebabkan penyakit. Antaranya, sakit belakang, alergiK, asma dan lain-lain.

Sampai bila nak tidur dengan lebih berkualiti kalau tilam pun lembik semacam. Ye dok? Haa…Coway Mattress PRIME Series ni dilengkapi dengan bahan berkualiti tinggi, termasuk busa memori, lateks semula jadi 100%, serat kelapa, fabrik anti-statik and spring poket 5-Zon.

Selain itu, korang boleh pilih Coway Firm kalau posisi tidur terlentang, manakala korang yang suka tidur mengiring, boleh pilih Coway Soft.

Coway Mattress PRIME Series mempunyai King saiz, Queen saiz dan juga yang terbaru Super Single saiz yang direka untuk pelbagai badan berat dan semua jenis posisi tidur kerana tilam ni memberi sokongan dan mengikut lengkungan badan anda.

Coway Mattress PRIME Series adalah antara tilam pertama di Malaysia yang boleh disewa sambil dilengkapi dengan Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7 – Langkah Coway. Fuh! Mana nak dapat weh…

Tilam ini sesuai sangat untuk anda yang ada anak ataupun yang single-single tu tapi gemarkan tilam yang lebih besar. Puas sikit guling-guling atas katil tu nanti.

Anda boleh check out harga di bawah yer:

1. Sewa bulanan: RM129/sebulan (Tilam sahaja), RM159/sebulan (Tilam & Katil)
(Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7 – Langkah Coway Servis Percuma 5 Tahun)

2. Belian secara langsung: RM5,380 (Tilam) , RM7,080 (Tilam & Katil)
(Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7 – Langkah Coway Servis Percuma setahun)

Pada anda yang mementingkan kesihatan terjaga, bukan untuk anda tapi untuk keluarga anda, sesuai sangat 3 produk Coway ini ada di rumah anda.

Amalkan Gaya Hidup Sihat Dengan Coway!

Gaya hidup sihat di zaman moden ni memang harus diamalkan. Mungkin masa kita tengah sihat ni kita tak rasa penting sangat untuk menjaga. Maunya sakit sekali, barulah nak sedar bertapa pentingnya abaikan kesihatan. Membazir!

Ingat, kesihatan adalah harta yang paling bernilai untuk masa depan. Fikirkan orang tersayang dan hidup lebih indah dengan Coway!

Untuk info lebih lanjut tentang 3 produk Coway ini, anda boleh tekan link di bawah:

GLAZE: TEKAN SINI
LOMBOK III: TEKAN SINI
Tilam PRIME Series: TEKAN SINI