fbpx

Demi Drama, Kuku Jari Hisyam Hamid Tercabut

Berdiri dengan bakat lakonan yang baik, pelakon Hisyam Hamid kini sedang sibuk menjalani penggambaran di Jakarta, Indonesia baru baru ini. Namun watak di dalam drama yang dibintanginya itu bukan mudah perjalanannya.

“Watak dalam drama ini memerlukan saya bersilat sambil menggunakan kerambit. Saya perlu melakukan aksi sendiri tanpa menggunakan khidmat pelagak ngeri. Sepanjang sembilan hari di sana, latihan yang diberikan sangat ketat”

“Saya hanya boleh berehat sejam sehari. Malah rutin pemakanan saya dijaga jurulatih di sana,” kongsinya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Hisyam turut dia turut menyatakan bahawa antara kecederaan lain yang dilaluinya adalah seperti tulang bahu kanannya tercabut, lebam di beberapa bahagian badan dan kuku jari tangan kiri tercabut.

“Biarpun penggambaran bermula Isnin ini, saya tak serik untuk melakukan sendiri aksi itu. Malah saya berasa puas dan seronok dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Pada masa sama, latihan yang dijalankan membantu meningkatkan stamina diri selain mengurangkan kalori dalam badan,” katanya. (rtky/s)