Selepas seminggu dibebaskan atas dakwaan memukul seorang penghuni di kondominium, pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya tampil menjelaskan mengenai perkara itu.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, Sharnaaz hanya berkongsi secara ringkas tentang apa yang berlaku kerana menghormati prosedur mahkamah.
BACA: Didakwa Pukul Penghuni Kondo, Noor Nabila Pertahankan Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz menafikan dia menumbuk, mencekik, memijak atau menendang perut individu yang juga penghuni kondominium seperti yang didakwa.
View this post on Instagram
Menurut Sharnaaz, ketika itu berlaku perselisihan faham antara pengawal keselamatan di tempat tinggalnya dengan penghuni tersebut dan dia hanya mempertahankan pengawal keselamatan berkenaan.
“Pendekkan, tak payah cerita pasal minyak. So bila Mamu turun bawah, Mamu nampak tengah bergaduh. Mamu cuba pertahankan guard tu sebab Mamu tak boleh tengok orang ditindas. Tak kisah dia bangsa apa, agama apa, warganegara apa, kita tak boleh tindas orang macam tu.
“So bila Mamu tahan berlakulah benda-benda yang tidak diingini. Tapi Mamu ingin tegaskan di sini, demi Allah Mamu tidak menumbuk, memijak, mencekik, menendang perut. Itu semua benda-benda karut. Jangan percaya. Mamu yakin tak buat,” katanya.
Kata Sharnaaz lagi, dia mengeluarkan kenyataan itu selepas mendapat nasihat daripada peguam dan pihak polis genap seminggu direman.
Tambahnya lagi, kertas siasatan sudahpun dilengkapkan dan ketika ini dia masih lagi menunggu keputusan dari mahkamah.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut menyeru kepada kepada orang ramai supaya tidak terus menjatuhkan hukum keatas seseorang tanpa bukti kukuh.