fbpx

Sebuah filem adaptasi daripada novel Dilan 1990 kini berada di pawagam. Filem arahan Fajar Bostomi ini sekali lagi membuat fenomena cinta penuh romantik ini melanda Malaysia seperti filem Ada Apa Dengan Cinta yang mendapat sambutan hangat di negara ini.

Terlebih dahulu filem ini sudah pun ditayangkan di negara seberang dan berjaya menarik sebanyak 6.3 juta penonton dalam tempoh masa 2 bulan sahaja.

Kebanyakkan filem cinta dari negara seberang semestinya memberi kesan yang menyentuh jiwa buat penonton. Bagaikan hidup dalam tanam bunga, kisah cinta antara Dilan dan Milea ini membuatkan penonton menghayati watak semasa menonton.

Filem yang berkisarkan mengenai kisah cinta tiga segi diantara Dilan, Milea, dan kekasih hatinya yang tinggal di Jakarta iaitu Beni membuatkan penonton bermain dengan emosi.

Tidak hanya tertumpu kepada kisah cinta mereka, filem berkisarkan suasana persekolahan ini juga turut menampilkan masalah dispilin pelajar yang tidak terkawal.

Dilan yang merupakan pelajar sekolah menengah di Bandung, sering mendapat perhatian guru apabila ada sahaja perkara yang membuatkan dirinya terpanggil oleh guru dispilin.

Dalam masa yang sama Dilan mengunakan ayat-ayat romantis atau lebih dikenali sebagai pick-up line pada masa kini. Setiap ayat yang dikeluarkan merupakan puitis cinta diluar jangkaan untuk memikat hati Milea.

Bagi seorang perempuan semestinya terjatuh dengan ayat puitis yang dilontarkan tambahan pula ayat yang diungkapkan oleh Dilan itu mampu membuatkan Milea tersenyum sendirian.

Namun kisah cinta tidak terungkap ini menjadi kemuncak apabila Dilan terjebak dengan perkara yang tidak digemari oleh Milea dan semestinya filem ini padat dengan aksi-aksi pengelutan.

Pelbagai cara yang digunakan oleh Dilan untuk membuatkan Milea terjatuh dalam tangannya. Namun mampukah Milea bertahan dengan kisah cinta sejatinya Beni ataupun berpaling kepada cinta barunya, Dilan yang penuh dengan pick-up line.

Tidak menarik sekiranya kami menceritakan keseluruhan jalan cerita filem ini. Bagi penggemar kisah cinta filem Indonesia anda rugi sekiranya terlepas menonton filem penuh romantis ini .

Jadi jangan tunggu lama-lama untuk terus serbu pawagam berdekatan anda mulai hari ini. Dalam masa yang sama anda boleh menggunakan pick-up line Dilan untuk memikat hati kekasih anda.

Untuk maklumat penggemar filem cinta, kisah cinta Dilan 1990 ini turut mempunyai sambungan menerusi novel Dilan 1991 dan Milea.