fbpx

“Dedah Kisah Rosmah, Itu Wasiat Arwah Ayah”

Mengakui bahawa dia dan juga isteri tidak menyimpan sebrang rasa dendam terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, penyanyi Fazley Yaakob turut menjelaskan bahawa pendedahan yang dilakukannya baru-baru ini sebenarnya adalah wasiat daripada arwah ayahnya, Datuk Yaakob Mohammad.

BACA: Fazley Yaakob, Isteri Dedah Kisah Ditindas

“Sebenarnya pada saya, pengkongsian itu adalah tanggungjawab. Bukan sengaja nak cari salah atau membuka aib mana-mana pihak. Ia juga wasiat daripada arwah bapa yang meminta saya untuk menceritakan kebenaran mengenai saya, isteri dan arwah apabila apabila tiba masa yang sesuai”

“Saya rasa, sekarang adalah masa sesuai untuk berkongsi pengalaman kehidupan saya sekeluarga,” katanya kepada mStar Online. Malah tambahnya, dia dan isteri yang sudah 11 tahun mendirikan rumahtangga sentiasa mendoakan agar Rosmah terbuka hati untuk menerima mereka sekeluarga.

Melalui perkongsian Fazley baru-baru ini turut mengundang reaksi berbaur kerana ada segelintir pengikut mendakwa Fazley dan isteri umpama membuka pekung sendiri.

Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan. (rtky/s)