Kami tidak ingat bilakah kali terakhir kami peduli tentang Miss Universe. Zaman penyertaan Erra Fazira mungkin.
Untuk edisi tahun 2011, Miss Universe Malaysia Deborah Henry akan menjadi wakil negara merebut gelaran Miss Universe 2011.
Daily Chilli melaporkan Deborah Henry berangkat ke Sao Paolo, Brazil awal pagi hari ini & di’hantar oleh sekumpulan peminat serta Andrea Fonseka sendiri.
Andrea Fonseka yang bertindak sebagai pengarah Miss Universe Malaysia positif dengan peluang Deborah Henry di peringkat akhir Miss Universe 2011 & mengharapkan rakyat Malaysia memberikan sokongan.
Miss Universe 2011 peringkat akhir akan di’adakan di Sao Paolo, Brazil pada 12 September ini dan beberapa minggu sebelum ini para peserta termasuk Deborah Henry perlu menjalankan pelbagai aktiviti termasuk kebajikan sebagai ujian.
Gambar Deborah Henry di KLIA ketika berangkat ke Sao Paolo, Brazil malam tadi selepas ini. Kredit tanpa prejudis buat Miss Universe Malaysia Official Facebook. Enjoice!