DDNK Minta Netizen Malaysia Tolong Jangan Kecam Isteri
Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai majlis perkahwinan pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) bersama pasangannya, Datin Nor Ernie Rossmerie.
Susulan perkahwinannya itu, banyak dakwaan tak sedap didengar mengenai isteri DDNK yang dikenali sebagai Ernie didakwa menjadi punca perceraain pakar saham itu dengan isteri pertamanya dikenali sebagai Hasmawatie.
BACA: Isteri DDNK Hempas Bantal, Kecewa Dituduh Perampas
Menerusi satu video dimuat naik oleh penyanyi rap Caprice, DDNK memohon agar netizen tidak mengecam isterinya serta memberi ruang kepada Ernie yang merupakan seorang pelajar.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum. Salam sayang. Kepada semua warga netizen Malaysia. Saya DDNK, Datuk Dr Mohd Nazri Khan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua komen-komen positif dan negatif terhadap majlis perkahwinan saya.
“Saya tahu majlis perkahwinan saya telah menyebabkan satu kekecohan berlaku dalam alam maya. Saya mohon kepada warga netizen untuk memberi sedikit ruang kepada isteri saya, Tuan Erni supaya dia tidak dikecam. Dia masih lagi berumur 25 tahun, seorang student. Mudah-mudahan dia boleh survive dengan apa yang berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, DDNK turut memohon orang ramai untuk mendoakan perkahwinan mereka yang baru dibina itu serta lebih bahagia dan tenang.
“Dan kita minta mudah-mudahan, semua orang doakan perkahwinan kami.. insyaAllah lebih bahagia, lebih tenang. Mudah-mudahan kita akan terselamat dari sebarang tribulasi” katanya.
Nasib engkaulah labuuuu. Nak sangat famous kan. Dah famous tu terpaksa hadap la. Btw kau tak handsome bini kau tak cantik memang sangat padan. Padan muka.
teringat pula kisah orang femus juga, buang isteri, kawin baru kecundang teruk, malu hingga luar negara.
akan jadi kepada Datuk ini juga jatuh menjunam.
mcm ude dan izreen, menahan malu roboh masjid.
ashraf dan wan sakina bela bini jgn di kecam lepas balik thailand lari kawin.
Ok la tu.. bkn tagline u ke DDNK ‘tak hensem tak pe, janji kaya’.. asyik la keluar kat radio tiap kali drive.. so betul la pilihan bini u tu.. dia ikut ur tagline.. hahahaha.. u mmg cikgu yg bagus.. thumbs up.. psl netizens nak kecam i tak leh nak buat ape.. apa² pun – tak hensem tak pe, janji kaya.. HAHAHAHAHA
Kecam isteri…?
Orang kecam kau jugak, bodoh!
Semakin jadi bangang pulak dia ni sejak kahwin di Thailand. Banyak hisap ganja ka?
Helo datoooo!!25tahun tu dh tua.dah akil baligh, otak dah berfungsi..xpyh nk backup sgt bgtau bini just 25.
Harap bekas isteri DDNK tuntut harta sepencarian sebanyak mungkin. Bak kata Ivana Trump: “Take everything”