Ingatkan keluarnya Aeril Zafrel dari pengurusan Metrowealth (MIG) sesuatu yang tidak mempunyai isu besar sehingga kini beliau berpeluang untuk berlakon filem terbitan Hollywood.

Namun menerusi laporan mStar Online hari ini, David Teo mendakwa yang pelakon tersebut telah menggunakan agama untuk menamatkan kontrak lebih awal & memperdaya Ketua Pegawai Eksekutif MIG itu.


“Mula mula Aeril (Zafrel) kata mahu belajar agama dan kerana itu dia meminta saya untuk tamatkan kontrak lebih awal. Saya ni kalau bab-bab agama agak sensitif,” ujar David Teo

“Dan sebab itulah saya memenuhi permintaannya kerana menyokong langkah untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan”

“Tiba-tiba saya mendapat tahu dia membintangi sebuah filem di Hollywood pula. Dia sudah tidak memenuhi apa yang dikatakannya sebelum ini”

Aeril Zafrel sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau kurang senang dengan budaya kerja MIG namun David Teo tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap pelakon itu.


“Saya pun tidak rugi apa-apa. Saya sudah biasa dengan artis-artis di bawah naungan MIG seperti kata pepatah kacang lupakan kulit,” tambah David Teo lagi.