fbpx

David Archuleta: Live in Malaysia

Kepada mereka yang masih belum tahu, penyanyi cute kegilaan ramai gadis remaja ini akan membuat showcase di’Malaysia pada 11 April ini.

Showcase ini akan berlangsung di Sunway Lagoon Amphitheatre bermula pukul 3 petang yang dianjurkan oleh Sony Music Entertainment dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, DiGi.

Bagaimana mahu ke’sana? Senang sahaja. Dapatkan maklumat lanjut di digi.com.my/music dan juga boleh didapati dengan menggunakan WAP di wapmusic.digi.com.my.

Kepada peminat-peminat David Archuleta, jangan lepaskan peluang keemasan ini ya! Mana tahu berpeluang bergambar sakan dengan beliau.