fbpx

Datuk Yusof Haslam Pengsan & Dikejarkan Ke Hospital

Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dikejarkan ke Hospital Tawakal di sini setelah rebah di rumahnya kira-kira pukul 9 pagi ini.

Menurut anaknya yang juga seorang pengarah & pelakon, Syamsul Yusof, keadaan ayahnya masih belum diketahui kerana pihak hospital perlukan sedikit masa bagi mengenal pasti masalah kesihatan pengarah tersebut.

Laporan terbaru mStar Online menyebut yang Yusof Haslam akan menjalani pembedahan petang ini selepas doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit batu karang dan perlu menjalani pembedahan segera.

“Keadaan suami sekarang stabil selepas doktor memberikan ubat tahan sakit sebelum menjalani pembedahan yang dijadualkan pada petang ini”

“Doakan supaya dia selamat menjalani pembedahan itu dan kembali sihat,” kata isteri Datuk Yusof Haslam, Datin Patimah Ismail yang di’hubungi.