fbpx

Datuk Red Nak Pertahan Rumah Tangga, Masih Sayang Adira

Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu tetap mahu mempertahankan rumah tangganya meskipun kini dalam proses perceraian.

Memetik mStar Online, peguam mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman berkata anak guamnya masih menyayangi isterinya.

BACA: Adira Nampak Penceraian Jalan Selesai Masalah Rumah Tangga

“Anak guam saya masih lagi mahu mengekalkan hubungan suami isteri. Dia sayangkan isterinya. Dia mahu pertahankan rumah tangga. Tiada pihak yang mahu bercerai,” katanya.

Akmal ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang hari ini bagi urusan lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) mewakili Datuk Red.

Difahamkan, Datuk Red melantik seorang rakan baik sebagai wakil JKP namun pasangan itu tidak hadir untuk proses lantikan tersebut.

Terdahulu, peguam mewakili Adira berkata penyanyi itu tetap mahu meneruskan perceraian dan tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Difahamkan, Adira memfailkan penceraian kali kedua terhadap suaminya pada 25 Oktober lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.