fbpx

Datuk Red Enggan Cerai Datin Red

Datuk Seri Adnan Abu tegas dengan pendiriannya untuk tidak bersetuju meneruskan perceraian dengan isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red

Memetik Harian Metro, perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman yang berkata anak guamnya mahu mempertahankan rumah tangga.

BACA: Datin Red Kongsi Foto Di Mahkamah Cetus Tanda Tanya

“Saya dimaklumkan dia tidak setuju dengan tuntutan perceraian ini. Dia (Datuk Red) cuba pertahankan perkahwinan seperti isteri kedua (Adira). Dia masih sayangkan rumah tangganya.” katanya.

Sementara itu, Akmal berkata tuntutan cerai yang dibuat Datin Red ke atas suaminya kerana tiadalah persefahaman di antara mereka.

Sementara itu, Datin Red berkata perpisahan adalah jalan terbaik untuk dirinya dan suami serta enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya tak nak cakap banyak sangat, apa yang boleh saya cakap ini bukan keputusan saya itu sahaja. Namun saya rasa perceraian adalah jalan terbaik,” katanya.

SUMBER: Harian Metro