fbpx

Datin Red Kongsi Foto Di Mahkamah Cetus Tanda Tanya

Perkongsian madu kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datin Red mencetuskan tanda tanya netizen apabila memuat naik gambar berada di sebuah mahkamah semalam.

Menerusi entri itu, Datin Red turut berkongsikan petikan bahawa dia percaya dengan takdir yang telah ditentukan serta menyerahkan segala urusan kepada Allah.

BACA: Berpegangan Tangan Di Acara Fesyen, Adira & Datin Red Dipuji

“Serahkan urusanmu kepada Allah. Senyumlah dan tenanglah. Jika sesuatu datang kepadamu itu pasti milikmu. 

“Dan jika sesuatu itu tidak datang kepadanya maka pasti sesuatu itu tidak sesuai untukmu. Teruslah percaya kepada Allah dan ucapkan Alhamdulillah,” kongsinya.

Sementara itu, Datin Red berkata dia sudah merasai pelbagai ujian dalam hidupnya, malah pernah berada di titik paling bawah serta berdoa agar diberikan kebahagiaan.

“Ujian apa lagi belum aku rasakan ekonomi, keluarga, hubungan, pekerjaan semuanya telah diuji kepadaku. Berada di titik paing bawah pun telah aku rasakan. Ya Allah bolehkah aku meminta bahagiaan kebahagiaan ku,” kongsinya.

Untuk rekod, Datin Red merupakan isteri pertama kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red. Pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata.

Datuk Red kemudian berkahwin dengan Adira di Songkhla, Thailand. Pasangan itu mempunyai empat orang cahaya mata dan kini dalam proses bercerai.