Tidak bersandiwara dan berterus terang, suami Adira AF iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan gelaran Datuk Red mengakui bahawa screenshot perbualan dia dan seorang gadis tersebut adalah datang dari dirinya sendiri.

BACA: Suami Adira AF Dalam Usaha Kahwin Satu Lagi?


“Itulah, salah seorang staff saya ada tunjukan screenshot pasal cerita tu. Apa yang boleh saya katakan cerita itu memang benar terjadi. Saya percaya, ini mesti kerja-kerja ‘nakal’ staff saya. Buat pengetahuan ada dua orang staff yang memang tahu kata laluan akaun Instagram dan Facebook saya”

“Biasalah lelaki memang gatal, saya faham, ada masa mereka ni memang nakal sikit.Tetapi setelah gadis tersebut berikan gambarnya dan kami rasa ia agak tidak ada apa yang menarik jadi kami pun tidaklah panjangkan cerita dan habiskan di situ sahaja,” katanya kepada Media Hiburan.

Selain itu, menurut Datuk Red, ketika perkara tersebut tersebar, dia bersama isteri pertamanya. Oleh kerana isteri pertama sudah faham sangat perangai suaminya itu, dia langsung tidak mengambil kisah mengenai perkara tersebut.

Namun bagi Adira, Datuk Red perlu berjumpa dan menerangkan perkara sebenar sebelum Adira mengetahui perkara tersebut daripada orang lain. (rtky/s)