Datuk K Berterima Kasih Kepada Azizan Osman Berjaya Ubah Asyraf
Kini bergelar usahawan berjaya, perubahan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dalam perniagaan dan kehidupan banyak didorong oleh mentor usahawannya, Datuk Dr. Azizan Osman.
Perkara itu didedahkan oleh bapanya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menerusi satu video dikongsikan Asyraf. Dalam ucapannya itu, Datuk K turut mencemburui dan kagum dengan kebolehan dimiliki Azizan kerana berjaya melahirkan usahawan jutawan.
BACA: Asyraf Khalid Dikecam ‘Jual’ Wajah Adik Sendiri
Ujarnya, Dr Azizan bukan sahaja membentuk individu menjadi seorang yang berjaya di dalam perniagaan dalam masa yang sama membimbing untuk taat kepada perintah agama.
View this post on Instagram
“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati tuhan, beribadah dan bersedekah daripada hasil kejayaan merekaa. Saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.
“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.
Dalam perkongsian itu juga, Asyraf turut mengucapkan terima kasih kepada mentornya yang membantunya mengubah dirinya daripada budak nakal dan selalu mengecewakan bapa serta merasakan diriya tidak berjaya.
“Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.
“Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada mentor yang dapat mengeluarkan potensi dalam diri ini,” tulisnya.
- SUMBER
- mStar Online
Datuk K xnk ke lantik PA pompuan2 cantik utk bantu kembangkan bisnes Datuk?
@Tina lain la Dato K educated yg sesetengah usahawan nak PA muda2 bayar gaji 10k, ada yg menetek, menonggek buat video ngoks tu rasa rasanya tak…cuma rezeki dorang la dibagi kekayaan tapi ttp ngoks & batu ada duduk didlm kepala…
Yg aku masih hairan kenapa netizen follow org mcm SAJAT, KM dan sewaktunye. Sakit ke diorang? Dpt kepuasan ke tgk boob mcm tu? What is their big WHY?
Netizen hairan….ape nk hairan..yg follow dia semua spesis mcm dia… cme x femes jew… takut zaman sekarang..terlalu open minded…dh xde rse malu…
eh lari topik plak..
dato k ade duit boleh la sembang…cbe xde duit pastu berjaya haaaaa bru leh dibanggakan…done jeles..hahha
Mamat nie ada Dr pada nama dia. PhD dari mana? Dulu Fadzley pun ada Dr jugak ngaku pakar motibasi las las pakar masak memasak.