Asyraf Khalid Dikecam ‘Jual’ Wajah Adik Sendiri
Semalam, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Nurhaliza menjadi perhatian media dan orang ramai di atas kelahiran cahaya mata keduanya.
Bagaimanapun, ada cerita tak sedap didengar apabila anak tirinya, Asyraf Khalid dikecam oleh netizen serta dituduh mempergunakan kelahiran anak kedua siti untuk menarik tontonan di saluran YouTube mereka.
BACA: Hargai Pekerja, Tya Arifin & Asyraf Khalid Hadiahkan Kereta Mewah
Malah, di laman Twitter ada netizen meluahkan rasa kesal dan berpendapat bahawa wajah bayi itu didedahkan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
“Sumpah saya rasa Asyraf ni sangat tidak beradap. Saya rasa ia common sense untuk awak tidak muat naik gambar bayi yang baru lahir di media sosial. TokTi pun tak muat naik muka depan-depan macam tu lagi kot.
“Dia boleh buat vlog full pula dekat channel Tya, are you kidding me? Ini level tumpang clout macam mana pun tak tahulah,” katanya.
Malah, ada netizen bertanyakan kepada Asyraf sama ada ibu tirinya okay memuat naik gambar wajah bayi kepada umum memandangkan baru sahaja dilahirkan.
Pertanyaan netizen itu dibalas oleh Asyraf yang memaklumkan dia terlebih dahulu telah mendapat keizinan daripada bapanya untuk memuat naik gambar adiknya di media sosial.
Sebelum ini, Asyraf pernah dikecam apabila terlebih dahulu membuka akaun Instagram anak pertama Siti iaitu Siti Aafiyah sebaik sahaja dilahirkan.
Semalam, Siti selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 6.12 pagi di sebuah pusat perubatan di Selangor secara pembedahan.
- SUMBER
- mStar Online
Sejak bila berdosa tunjuk muka baby baru lahir?
Hahahahaha. Sama jelah satu famili patriaki menggunakan bini masing2 utk duit. Ingat dapat intan, last dapat kaca. Datuk K bukan ade duit pun lau x kerana mantan bini dia. Hahahahahaha rasain.
Sekurang kurangnya hormat la sikit kdaan dato siti yg baru lps bersalin tu..
Anak beranak diorg punya hal. Apsal korang bz
Non issue la…. sebb netizen2 pun x kesah sapa yg nak publish gamba baby tu. Taknak tunjuk, pun x kesah. Busy la bulan ramdhon ni. Nak raya lg, bertambah busy nak uruskan keluarga masing2. Dengan kerjanya, dgn bajetnya, dgn kue raya yg dah order tp bila dapat, x le sedap mana. so baby, tunggu kitorang abis raya k!
Bodoh la netizen SitiZoners mmg bangang zamn skrg smua ada kamera lah hawau.
memang menyibuk si serap ni. tak habih2 guna bapak dia pump duit untuk biz tak menjadi dia tu. udah udah ler.. grow up and get real job
dlm ramai2 adik beradik ak dk, si polan nie & isteri indon ni yg low grade! gila tumpang glamour X sudah! cuba tgk beradik yg lain & isteri mereka bijak, beradab & menghormati privasi org lain lebih2 lagi ct.. cuba hormati ibu yg baru melahirkan dia masih dalam postnatal period.. walau gembira @ teruja pun biarlah menghormati ibu/bapa bayi yg sepatutnya mendedahkan gambar bayi mereka!
dr dulu pun diorg menumpang, mmg tak bkenan langsung.
Org tu tanya, “Tokti okay ke?”
asraf ni bodoh tone deaf ke apa gi tanya bapak dia? Bukan bapak dia yang mengusung baby dlm perut. Tokti yang mengandung dan bersalin, tanya direct to Tokti. Plus, common sense la asraf oiii. Org tak post pic baby baru lahir utk elak penyakit ain. Memang tak beradab duk buat vlog upload kt youtube utk income, clout, views. Terang-terangan guna anak Tokti ni. Kalau asraf ni adik aku, dah lama aku tampar dia, ambik hp,kamera tu.
Netizen sibuk pasal family orang kenapa? Itu family diorang, yang korang sibuk macam budak tu korang punya pulak.
dah kau berdua mangkuk hayun kongsikan & kalau X nak netizen komen jgn share dlm socmed.. Sengal ke biol!! ada minta kebenaran @ TANYA TOKTI ke????? kalau ada baguslah TAPI kalau X ada.. percuma membuat DOSA lagi2 bulan puasa menguris hati ibu/wanita yg baru melahirkan.. sudahlah si seraf & bini indon dia nie jadi nasi tumpang.. kesiannn!