fbpx

Dato' M.Nasir Kembali Menakluki Istana Budaya Menerusi Sang Pencinta

2013 menyaksikan setelah 4 tahun,  penyanyi yang juga komposer terkenal, Dato’ M.Nasir bakal menggegarkan pentas Istana Budaya buat kali keduanya selama tiga hari berturut turut bermula 7, 8, dan 9 Jun ini.

Konsert M.Nasir Sang Pencinta ini bertemakan semi muzikal.

Terlebih dahulu sebelum ini Dato M.Nasir  pernah mengadakan beberapa siri konsert solo yang besar bermula dengan Konsert Gong, Canggung, Akar, Andalusia dan Konsert Alam Muzik, juga di Istana Budaya.

Konsert yang bakal berlangsung Jun ini merupakan sebahagian daripada Program Istana Budaya 2013 yang bakal menampilkan khazanah muzik hasil gubahan M.Nasir dengan persembahan yang cukup mantap.

Apa yang pasti, persembahan malam itu nanti akan mencuri perhatian pencinta muzik tanah air melalui elemen fantasi yang dipersembahkan secara audio dan juga visual.

Menariknya mengenai Konsert Sang Pencinta ini, ia bakal diserlahkan dengan gabungan pemuzik pemuzik handalan tanah air serta iringan String dari OSK (Orkestra Simfoni Kebangsaan) dan cantuman hebat dari gamelan OTM (Orkestra Tradisional Malaysia).

Sang Pencinta ini merupakan anjuran Bombbay Worldwide dengan kerjasama Red On Black dan Belbis serta sokongan Istana Budaya sendiri.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiket, sila layari website www.ticket2u.biz atau hubungi talian hotline 03-41478600.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM68, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455.