fbpx

Datin Red Nafi Tuntut Cerai Sebab Suami Susah

Isteri pertama kepada Datuk Seri Adnan iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila menafikan dakwaan kononnya dia mahu menuntut cerai kerana suami sedang berdepan kesusahan serta masalah kewangan.

Memetik mStar Online, Datin Red berkata dakwaan itu tidak benar dan tuntutan cerai bukan disebabkan faktor berkenaan tetapi ianya adalah jalan terbaik namun bukan keputusannya.

BACA: Datin Red Kongsi Foto Di Mahkamah Cetus Tanda Tanya

“Tidak ada kena mengena dengan isu Datuk Red tengah susah. Macam saya cakap, ini bukan keputusan saya tapi ia jalan terbaik. Saya memang nekad untuk berpisah,” katanya.

Bagaimanapun, dalam prosiding kedua kes tuntutan perceraian hari ini ditangguh berikutan Datuk Red tidak hadir dan proses perlantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berlangung pada 26 Mac ini.

Dalam pada itu, Datin Red berkata dia dan madunya iaitu penyanyi Adira tidak bersepakat untuk memfailkan cerai terhadap suami.

“Saya tak boleh cakap banyak. Itu saja boleh kongsi. Saya dan Adira tidak sepakat (tuntutan perceraian). Itu keputusan dia,” katanya.

Sementara itu, Datin Red berkata suaminya masih pulang ke rumah namun mereka tidak pernah membincangkan mengenai tuntutan perceraian itu. Malah, anak-anak juga tidak tahu mengenai perkara tersebut.

“Dia balik saja rumah tapi kami tak pernah bincang mengenai perkara ini. Kami masih sebumbung dan bertegur sapa seperti biasa,” katanya.

SUMBER: mStar Online