fbpx

Datin Red Mohon Maaf Akui Terlalu Emosi

Sebelum ini madu kepada penyanyi Adira iaitu Datin Red memuat naik hantaran di Insta Story seolah kesal dengan suaminya, Datuk Red yang seakan tidak menghargai jasanya.

Bagaimanapun, Datin Red dilihat ada memuat naik hantaran memohon maaf kerana mengikut emosi seolah merujuk kepada kenyataan dikongsikan sebelum ini.

BACA: “Pinjam Duit Aku Tak Nak Cerita Pula, Sampai Jual Tanah Nak Tolong” – Datin Red

 

Terdahulu, Datin Red seolah kesal dengan tindakan seseorang individu seolah merujuk kepada suaminya yang tak menghargai jasanya selepas meminjamkan duit dan sampai menjual tanah untuk membantu.

Malah, Datin Red berkongsikan anak-anaknya juga turut trauma diatas apa yang berlaku serta mengatakan Allah ada bersamanya.