Semalam, 16 Disember 2024, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) luncurkan Dasar Inovasi Sosial (DIS) 2025-2030 serta meraikan Malam Apresiasi Networking Inovator Sosial (MaNIS) dalam satu majlis di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Apa sebenarnya DIS ni?
DIS ni adalah satu strategi jangka panjang yang dibangunkan khas untuk selesaikan cabaran sosioekonomi rakyat Malaysia dengan cara yang lebih kreatif dan berkesan. Fokus utama? ‘Local Issue, Local Technology & Local Benefit’—semua benda kita nak bagi balik pada komuniti!
Global vibes? Yup! DIS selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan prinsip Environment, Social, Governance (ESG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan
Ekonomi (OECD). Senang cerita, inovasi sosial ni dah jadi agenda global, dan Malaysia taknak ketinggalan.
Apa kata YB Chang Lih Kang?
Dalam ucapannya, Menteri MOSTI ni cakap inovasi sosial ni penting sebab ia libatkan pemaju teknologi dan bakat tempatan. Ini peluang untuk kita cipta solusi inovatif yang bukan sekadar teori tapi praktikal, termasuk untuk komuniti di peringkat akar umbi.
DIS sokong dasar sedia ada
DIS ni juga selari dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030. Fokus utama? Jadikan Sains, Teknologi, Inovasi & Ekonomi (STIE) sebagai punca peningkatan ekonomi negara. DIS akan bantu tackle isu-isu besar macam kemiskinan, jurang pendidikan dan masalah kesihatan—terutamanya bagi komuniti yang kurang berkemampuan.
MOSTI akan jadi peneraju, penyelaras dan pemantau pelaksanaan DIS ni. Yayasan Inovasi Malaysia pulak akan jadi ‘partner in crime’ yang laksanakan projek-projek inovasi sosial.
Contoh real? Kita ambil contoh projek MyIS Komuniti—dengan pendanaan sebanyak RM300,000, projek ni dijangka boleh jana pulangan sehingga RM3.6 juta dalam 3 tahun dan wujudkan 40 peluang pekerjaan! Kalau kita teruskan DIS ni selama 6 tahun, 30 projek dijangka boleh jana RM108 juta pulangan dan sediakan 1,200 peluang pekerjaan. Banyak tu!
Konvensyen Inovasi Sosial (KIS 2024)
Bukan setakat tu, MOSTI jugak anjurkan KIS 2024 selama 3 hari (15-17 Disember) kat Hotel Tenera. Tema tahun ni? ‘Gateway to the Future: Innovation Unleashed’. KIS ni jadi platform untuk inovator sosial berkongsi idea dan cipta solusi baru.
Macam-macam aktiviti menarik ada:
1. Pameran ‘Celebration of Social Impact’
2. Forum antarabangsa ‘Ideation to Impact’
3. Pertandingan ‘48 Hours Innovate Challenge’
4. Malam Apresiasi Networking Inovator Sosial (MaNIS)
5. Seminar & bengkel upgrade skill inovator
Malam penuh makna
Bagi Malam Apresiasi Networking Inovator Sosial (MaNIS) ni memang penuh dengan aktiviti menarik! Bermula dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Mac, disusuli Doa yang dipimpin oleh Dr. Hj Norakyairee Mohd Raus. Lepas tu, majlis diteruskan dengan Ucapan Aluan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Ucapan serta Peluncuran Dasar Inovasi Sosial oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Lagi meriah bila ada tayangan montaj dan gimik peluncuran, diikuti jamuan makan malam sambil layan persembahan lagu-lagu istimewa. Majlis pun jadi lebih bermakna dengan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara YIM dan dua institusi ternama: UiTM dan Albukhary International University (AIU), serta penyampaian Surat Hasrat Kerjasama YIM kepada NIBM dan FRIM. Tak lupa juga Watikah Penglibatan kepada Koperasi Belia Inovatif Sarawak.
Bagi penerima Geran Pembangunan MyIS Akar Umbi dan MyIS Komuniti, ada sesi penyampaian mock-cheque yang dinanti-nantikan. Lebih menarik, ada juga cabutan bertuah dengan hadiah menarik kad TnG dan sesi anugerah khas seperti Pemenang 48 Hours Innovate Challenge dan Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat. Majlis diakhiri dengan persembahan penutup lagu Standing in the Eyes of the World dari penyanyi Natasha Sass yang pasti membangkitkan semangat semua!
Malam ni memang penuh makna disebabkan gabungan penghargaan, kerjasama, dan meraikan inovasi sosial!
Fuhh, ramai yang join!
Lebih 3,000 pengunjung, 220 inovator sosial tempatan, 68 pempamer dan 6 pembicara antarabangsa dari India, Thailand, dan Filipina datang bagi impak besar sepanjang KIS 2024.
MOSTI seru semua pihak
MOSTI nak semua orang main peranan—sektor swasta, NGO, komuniti—sama-sama bagi sokongan penuh kepada DIS ni. Platform macam KIS 2024 ni harapnya jadi pemangkin untuk idea-idea baru dan promosi inovasi sosial sebagai penyelesaian kepada masalah sosioekonomi negara. Bila masalah selesai, ekonomi pun berkembang pesat!
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu VVIP yang sama-sama memeriahkan suasana dan menunjukkan sokongan padu terhadap Dasar Inovasi Sosial (DIS) 2025-2030.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah:
1. Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
2. Yang Berbahagia Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
3. Yang Berusaha Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI
4. Yang Berusaha Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)
5. Yang Berusaha Puan Mismash Jimbun, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI
6. Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)
7. Yang Berbahagia Datuk Dr. Hafsah Hashim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)
Turut hadir ketua-ketua jabatan/agensi negeri dan persekutuan, pegawai-pegawai, pengamal media, serta tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Majlis dengan tagline ‘Daripada Masyarakat Kepada Masyarakat’ ini juga jadi lebih bermakna dengan kehadiran semua pihak yang sentiasa memberi sokongan padu dan semangat kepada agenda inovasi sosial ini!