fbpx

Umum mengetahui baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming berjaya mencipta rekod jualan Dendeng Nyet Berapi sebanyak RM1.2 juta dalam masa tiga minit 39 saat di TikTok.

Susulan kejayaannya itu, ada yang berpendapat Khairul Aming layak mendapat dana daripada Khazanah untuk memperluaskan lagi perniagaannya.

BACA: “Tuju Dekat Netizen Taksub, Bukan Khairul Aming” – Damian Mikhail

Namun, setiap individu ada pendapat mereka tersendiri dimana ada yang berpendapat Khairul Aming belum layak lagi sebaliknya merasakan usahawan terkenal, Vivy lebih layak menerima dana berkenaan.

https://twitter.com/reconnuissance/status/1753617677133004913?

Daripada dia (Khairul Aming), saya lebih suka jika ia diberikan kepada Vivy. Dia menerima pekerja dari pelbagai latar belakang dan bekerjasama dengan keluarga diraja.

“Dia juga memperluaskan jenamanya di seluruh Asia Tenggara. CNN ada sebutkan namanya dan Malaysia. Apa yang ditawarkan Khairul Aming ni?” tulis individu itu.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mengecam, namun ada mengatakan tidak adil untuk bandingkan kejayaan kedua-dua usahawan itu yang mempunyai latar belakang berbeza.